Want your
own Fotopage?








 
Memori Dalam Imej

By: Alang Alang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Jun-2004 00:00 Email | Share | Bookmark
Bunga-bunga di taman hati

Pemandangan menyejukkan hati
Bunga. Aku suka bunga jugak. Aku suka tengok bunga yang berwarna warni. Aku tahu bunga ni diciptakan tuhan untuk jadi penenang jiwa manusia, selain daripada agen reproduksi tumbuhan. Aku tahu bunga juga boleh jadi sumber inspirasi pada manusia. Bunga juga boleh ceriakan hati wanita...bunga juga boleh bangkrapkan poket lelaki.

Ada banyak perkataan yang terhasil daripada perkataan bunga. Mat Bunga. Ayat berbunga. Bunga Taik Ayam. Dan lain-lain lagi. Orang buat lagu lagik pasal suka benar dengan bunga. Sebagai contoh, lagu gila ni, Andaikata Serai Berbunga (ehh, serai ada bunga ke? Kalau taruk bunga serai dalam tomyam, sedap tak? Aku selalu letak batang serai ajer dalam tomyam, cam tadik!)

pertemuan kau dan aku
malam itu, sungguh tak kuduga sayang
bagaimana hati ini?
sering saja gelisah sepanjang masa
bila kupandang wajahmu
hatiku berdebar
bagai guruh yang menerjang
di dalam dada, mencengkam.
bersamamu kini setelah segalanya
ku takhtakan
cintaku dan kasihku hanya dirimu
senyumanmu sayang, kau beri
bersama belaian yang mesra
itulah mulanya cinta kita

Aku suka bunga sebab bunga ada yang wangi. Bunga ros sangatlah wangi. Aku tak suka panggil bunga ros dengan panggilan ros. Aku suka panggil bunga ros dengan nama mawar. Bunga mawar. Entah, mungkin sebab bunyinya lagi lembut, lagi menyejukkan hati dan lagi melembutkan hati. Mawar. Aku ada kawan namanya Mawar. Hatinya tak lembut pun macam bunga mawar. Asyik bergaduh dengan aku, pantang berjumpa mesti nak tinggi suara dengan aku. Tapi itulah kawan aku, dari tadika sampai ke tua begini. Kawan selamanya, insya Allah.

Aku petang petang kalau kat rumah mesti siram pokok bunga mummy tapi aku tak pernah nampak bunganya. Nampak macam lebih lalang ajer bagi aku. Aku malas siram pokok bunga, tapi sebab mummy dah suruh, aku siram ajer lah. Kang tak buat, mummy pulak siram aku. Baik aku siram.

Apa apa hal pun, aku suka bunga. Bunga kaler kaler. Bunga cantik-cantik. Bunga lawa-lawa. Tapi sayang tak boleh bawak balik bunga bunga kat taman, nanti layu jugak. Macam kita, satu hari nanti akan mati. Layu jua macam bunga. Mati. Layu.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net